Khamis, 20 Julai 2017

Bedah Siasat PLC

Dapat PLC mati, Terus lakukan bedah siasat.
 Jasad Mr Mitshubisi Siri FX 

Bahagian Permukaan PLC
"Yang terjulur itu bateri CPU PLC"
belajar plc, plc rosak, programmable logic control,juruteknik

Bahagian Dalaman 1 PLC
belajar plc, plc rosak, programmable logic control,juruteknik

Bahagian Dalaman 2 PLC
belajar plc, plc rosak, programmable logic control,juruteknik

Bahagian Bawah Yang Kosong
belajar plc, plc rosak, programmable logic control,juruteknik

Nampak mudah bukan?

#Belajar PLC 

Selasa, 18 Julai 2017

Mesin-Mesin Industri Besi

Contoh-contoh Jenis Mesin yang terlibat dalam pekerjaan saya sebagai Juruteknik.

Jenis Mesin-mesin tersebut terdapat banyak di Malaysia,
Yang membezakannya Jenama,Sistem operasi,pembuatan,saiz,
teknlogi dan sebagainya mengikut keperluan pengeluaran.

Sila rujuk jaringan dibawah untuk melihat mesin-mesin di sektor
perkilangan,  terutamanya membabitkan industri besi.

Rujukan

Kilang-Kilang di Malaysia

JFE SHOJI STEEL MALAYSIA
http://www.jssm.com.my/service.html

Mesin-Mesin dan Servis

- Slitting, Punching Annealing and Die Maintenance, Shearing, Blanking,
  Quality Qontrol


DAIKIN STEEL MALAYSIA SDN. BHD.
https://www.daikinmalaysia.com/dsm/

- Leveller, Stamping, Shearing


Kilang-Kilang di luar Negara


KingJime Machine Limited

http://www.slitterline.net/products/


 - Cut to Length Lines, Slitting Lines, Rotary Shear cutting line
   3 in 1 Straightener Feeder & Uncoiler, Pipe/tube Mill
   2 in 1 Decoiler/Straightener/Feeder
   Tension leveling lines, straightener, decoiler/uncoiler


AOGANG Machinery Co., Ltd
http://www.hftubemill.com/Slitting_Line.html


- Tube & Pipe Machine, Roll Forming Machine, Auxillary Equipment,
  Slitting Line, Cut to Length Line, Galvanizing Line, Spare Parts


AIDA
https://www.aida-global.com/

- AIDA Metal Stamping Presses,Press Automation, Parts, Service, Refurbishment,


HIGHYAG
http://www.highyag.com/
http://www.highyag.com/Laser-Processing-Heads/laser-processing-BIMO.html

- Efficient Tools for Laser Material Processing





Sabtu, 15 Julai 2017

Bedah Siasat - Pengenalan

Bedah Siasat - Pengenalan

Bukan Doktor untuk membedah mayat, tetapi Juruteknik yang membedah / melerai pekakas dan peralatan letrik untuk melihat isi perutnya. Jadi untuk label "Bedah Siasat" ini adalah untuk perkongsian ilmu.  Bila waktu belajar atau selagi tidak rosak, mungkin selagi itu kita tidak tahu bagaimana keadaan dalam sesuatu pekakas atau peralatan letrik. Berharap dari sumber rujukan sahaja mungkin agak terhad dan tidak terdedah dengan pekara yang baru atau lebih lama.

Yang ringan-ringan saja

 Contoh bedah siasat :  3 phase Circuit Breaker MCCB
technician blog, Tecnical blogger, juruteknik industri, juruelektrik, contactor rosak
Bedah Siasat 2006

Contoh bedah siasat :  Contactor
technician blog, Tecnical blogger, juruteknik industri, juruelektrik
Bedah Siasat 2013

Akan Datang....
Bedah siasat, PLC, contactor, relay, mcb, inverter, warning light, motor dan banyak lagi.

Blog Juruelektrik Domestik Industri / Juruteknik Kilang Industri Besi
Juruteknik Bebas


Khamis, 13 Julai 2017

Kren : Pengenalan

Kren - Definisi.

Difinition

A crane is a machine for lifting and lowering a load and moving it horizontally,
with the hoisting mechanism an integral part of the machine. Cranes whether
fixed or mobile are driven manually or by power.

Definisi

Kren adalah mesin untuk mengangkat dan menurunkan beban dan menggerakkannya
secara mendatar, dengan mekanisme angkat yang merupakan sebahagian daripada
mesin. Kren sama ada tetap atau mudah alih didorong secara manual atau
dengan kuasa.

Sumber : Osha

Tafsiran

Jentera
Dandang Stim, Pengandung Tekanan, Mesin Angkat, Penggerak Utama, Jentera
Pemindah Kuasa, Jentera Pacu, Set Kimpalan dan Sadur Eletrik.

Sumber : DOSH

Tafsiran: am

"Mesin Angkat"
Ertinya suatu lif, tangga gerak, pesawat angkat, kren, tupang kaki, gin, sawat kepit,
win, jenkaut, tigel, landasan, pengangkut atau kerangka cerucuk dan kelengkapan yang
berkaitan dengannya;

Sumber : DOSH


Kren - Pengenalan

Ada pelbagai jenis kren digunakan untuk mengangkat turun dan mengalih beban,
pilihan adalah bergantung kepada keperluaan.

Contoh-contoh kren secara amnya.

Kren menara atau "Tower Crane", biasa dilihat pada bangunan yang sedang dibina.
kren bergerak (beroda) atau "Mobile Crane", kren yang boleh bergerak dijalanraya.
kren bergerak (berantai) "Crawler Crane",kren yang beroda seperti kereta kebal.
Kren dermaga, Kren Kontena "Container Crane" antara yang terdapat di pelabuhan.
Kren Overhead "Overhead Travelling Crane", Kren Gantri "Gantry Crane",Kren Portal
"Portal Crane", Biasa digunakan di sektor perkilangan.

Antara Jenis-Jenis Kren dan Definisi

Tower Crane
The TOWER CRANE is among the highest Cranes in the world. The height of
a Tower Crane can surpass the building that she contributes to built.

The TOWER CRANE is a fixed Crane and have to be mounted On-Site.
The Tower Crane present itself like a vertical metallic structure
having a horizontal boom that can turn over an angle up to 360°.

From his particular setting up, the TOWER CRANE is ideal for all
king of high building or high structure Construction. The Tower Crane is
also used in the maritime industry for loading and unloading
boat merchandises.

Terjemahan

Kren Menara / Tower Crane adalah antara kren tertinggi di dunia. Ketinggian
Sebuah Menara Kren boleh melepasi bangunan yang dia sumbangkan untuk dibina.

Kren Menara / Crane Tower adalah Kren tetap dan perlu dipasang Di-Situs.
Tower Crane itu sendiri dilihat seperti struktur logam menegak
Mempunyai ledakan mendatar yang boleh mengubah sudut sehingga 360 °.

Dari penubuhannya, Crane Tower sangat sesuai untuk semua  Raja kepada
bangunan tinggi atau struktur tinggi Pembinaan. Tower Crane adalah
Juga digunakan dalam industri maritim untuk memuat dan memunggah
Barang dagangan bot.

Sumber : Publiquip

Mobile Crane
A mobile crane is a cable-controlled crane mounted on crawlers or rubber-tired
carriers or a hydraulic-powered crane with a telescoping boom mounted on
truck-type carriers or as self-propelled models.
*They are designed to easily transport to a site and use with different types
of load and cargo with little or no setup or assembly.

Terjemahan

Kren mudah alih adalah kren yang dikendalikan kabel yang dipasang pada crawler atau getah getah
Pengangkut atau kren berkuasa hidraulik dengan ledakan teleskop yang dipasang
Pengangkut jenis trak atau sebagai model sendiri.
* Ia direka untuk memudahkan pengangkutan ke tapak dan digunakan dengan pelbagai jenis
Beban dan kargo dengan persediaan atau perhimpunan yang kecil atau tidak.

Sumber : Wikipedia

Overhead Crane
Overhead crane means a crane with a movable bridge carrying a movable or fixed
hoisting mechanism and traveling on an overhead fixed runway structure.

Terjemahan

Kren overhed bermaksud kren dengan jambatan bergerak yang membawa mekanisme
angkat bergerak atau tetap dan bergerak di atas struktur landasan tetap atas.

Sumber : OSHA

Akan Datang....

Kren : kilang, Syarikat, Juruteknik Kren
Kren : Pengenalan Dari Pengalaman
Kren : Juruteknik Industri Besi
Kren : Kerja Berpasukan "Team Work"
Kren : Lantikan Kontraktor Kren


Peringatan :
a.Sila rujuk Undang undang berkaitan topik mengikut sumber yang ditetapkan pihak berwajib.
b.Perkongsian ini sekadar pengetahuan dan akan berubah atau di kemskin dari masa ke semasa  jika ada tambahan atau          perubahan baru berkaitan.


Blog Juruelektrik - Juruteknik - Domestik - Industri - Teknikal - Kilang - Industri Besi - 


Selasa, 11 Julai 2017

Air Compressor & Air Dryer - Pengenalan

Pemampat Angin dan Pengering

( Air Compressor & Compressed Air Dryer Systems )

Pengenalan Dan Ringkasan

Definition of air compressor

An air compressor is a device that converts power
(using an electric motor, diesel or gasoline engine, etc.)
into potential energy stored in pressurized air
(i.e., compressed air). By one of several methods, an air
compressor forces more and more air into a storage tank,
increasing the pressure

Definisi

Pemampat udara adalah peranti yang menukarkan kuasa
(Menggunakan motor elektrik, diesel atau enjin petrol,
dan sebagainya) Menjadi tenaga berpotensi yang tersimpan
dalam udara bertekanan (Iaitu, udara termampat).
Dengan salah satu daripada beberapa kaedah, udara
Pemampat memaksa lebih banyak udara ke dalam tangki
penyimpanan, Meningkatkan tekanan.

Sumber: Wikipedia

Definition of Air Dryer

A compressed air dryer is used for removing water vapor from
compressed air. Compressed air dryers are commonly found in
a wide range of industrial and commercial facilities. The
process of air compression concentrates atmospheric
contaminants, including water vapor.

Definisi Pengering Udara

Pengering udara termampat digunakan untuk mengeluarkan wap air dari
udara termampat. Pengering udara termampat biasanya terdapat dalam
Pelbagai kemudahan industri dan komersil. The
Proses pemampatan udara menumpukan atmosfera
Bahan cemar, termasuk wap air.

Sumber: Wikipedia

Dari Pengalaman

Pemampat Angin dan Pengering udara amat diperlukan dan menjadi
keperluan penting perindustrian.

Untuk pengilangan, tekanan angin diperlukan bagi keperluan pneumatik
sebagai sebahagian pengerak mesin. Tekanan angin juga utuk mengerakkan
alat-alat kerja pneumatik udara atau alat udara (Air Tool) untuk
kerja-kerja penyelenggaran, pembungkusan, tukang kayu dan lain-lain.

Alat-alat angin adalah seperti Sepana kesan udara (air impact wrench),
sander (air sanders),  rivet udara (Air riveter), mesin tegap
(strapping machine), Stapler udara (Air Stapler), Pistol Paku
(Air Nail gun),  penyembur cat udara (Air paint sprayer) dan lain-lain.

Isnin, 10 Julai 2017

Troubleshoot @ Penyelesaian Masaalah - Pengenalan

Pengenalan 

Penyelesaian Masalah ( troubleshoot )
dalam perkerjaan sebagai Juruteknik Industri / Penyelenggaraan


TROUBLESHOOT

Definition

Solve serious problems for a company or other organization.
*Trace and correct faults in a mechanical or electronic system.

Definisi

Menyelesaikan masalah yang serius bagi sesebuah syarikat atau organisasi lain.
* Mengesan dan membetulkan kesilapan dalam sistem mekanikal atau elektronik

Sumber : Pakcik Google


mesin pembungkusan
Gambar kerja 2015 - Kerosakan bahagian mesin pembungkusan.


Dari pengalaman dan pandangan.

Penyelesaian masalah dalam tugas, biasanya melibatkan kerosakkan yang
tidak boleh diselesaikan serta merta. Mengesan punca dan melaksanakan
pembaikan. Membaiki kerosakkan dalam sistem berkaitan, sama ada
elektrikal, elektronik, mekanikal mahupun pneumatik atau hidraulik.

Untuk mesin mesin berkaitan, Sistem Elektrikal, elektronik adalah
penggerak utama atau unit memandu ( drive unit ) mekanikal. Mekanisme
tersebut pula tidak lengkap tanpa sistem pneumatik atau sistem hidrolik /
Hydraulik, mahupun keduanya sekali.

Walau bagaimanapun Kegagalan sesuatu sistem itu tidak semestinya
melibatkan atau berpunca sistem itu sendiri, tetapi mungkin berpunca
dari kegagalan sistem lain.

Hasil Penyelesaian masalah yang dijalankan adakalanya kedapatan punca
kegagalan atau kerosakkan itu juga disebabkan dari kecuaian manusia /
operator itu sendiri. Tidak mengikut S.O.P, jalan pintas dan sebagainya.


Akan Datang...


*Bagaimana penyelesaian masaalah mesin gagal beroperasi.
 - Contoh-contoh punca kerosakkan mengikut jenis mesin.

*Mengapa perlu penyelesaian masalah? ( Troubleshoot ), sudah tentu kerana
  ada kerosakan ( Breakdown ), apa itu kerosakan ?


Sedia Ada

*Cara cara mencegah dan mengatasi kerosakan , mengurangkan kerja-kerja
  penyelesaian masaalah adalah dengan Penyelengaraan Pencegahan
  ( Preventive Maintenance )

Preventive Maintenance - Mencegah lebih baik dari Merawat

Jumaat, 7 Julai 2017

Komputer, PLC Dan Juruteknik

Laptop, PLC Dan Juruteknik.

Sebagai Juruteknik yang berhadapan mesin-mesin berotakkan PLC,
Sebuah laptop dibekalkan syarikat untuk memudahkan tugas.
Dengan laptop juga digunakan untuk buat repot, erp dan e-mail.

Pada tahun 2014, Toshiba Protege R930 Core i7 vPro 64 bit adalah
laptop yang ke-2 selepas Lenovo Think Pad dari 2010~2014.

Laptop 64 bit ini sememangnya bermasaalah untuk "communication"
membuat penyambungan plc model lama. Laptop akan skrin biru, 
kadang-kadang dapat buat penyambungan, boleh baca "read" tetapi
bermasaalah untuk diprogram "write"  dan adakalnya pc jadi tergantung
dan lain-lain. Ini mungkinkah disebabkan software sedia ada?,
kabel komunikasi atau kesesuaian plc itu senndiri atau sebab lain?.

Tambah Toshiba Hi-Speed Port Replicator model PA3838D-1PRP seperti
yang disyorkan agak lebih baik tetapi pun sama juga masaalahnya.

Buat ujian dengan Laptop Toshiba 32 Bit tiada masaalah.
Buat ujian laptop 64 bit dengan plc generasi baru juga tiada masaalah.

Sebagai Juruteknik yang dibebani pelbagai tugas, agar sukar sebenar
untuk memberi komitmen sepenuhnya sebagai Pengatur cara Kawalan Logik
/ plc atau "Programmable Logic Control". Jadi Laptop biasanya dIguna untuk  
membaca PLC bagi penyelesaian masaalah kerosakkan,naik taraf atau
keperluan pemasangan baru. Hendak atau tidak  perlu belajar sendiri
untuk menaik taraf ilmu yang boleh diguna pakai.
Kepelbagaian ilmu amat penting kerana apa yang dipelajari tidak
seluas  dengan hakiki dunia pekerjaan.

Pejam celik pejam celik sejak menggunakan secara berhemah pun
laptop dah beberapa kali "window" problem, Awal tahun 2017 laptob
"mother board" telah tukar baru kerana dikatakan rosak.
Mujur ada waranti.

Sakit kepala juga bila komputer dikawal 100% oleh bahagian  I.T .
Bahagian I.T pula tidak celik PLC mahupun Panel Grafik .

Solusi

Guna laptop 32 bit terpakai khas untuk berkaitan plc.
Juga dibekalkan Syarikat :)


Akan datang...

Pengenalan PLC / Belajar PLC

PLC
Pengawal Logik Boleh Diprogram
Pengawal Logik Boleh Diprogram, atau PLC secara ringkasnya adalah
Peranti komputer khas yang digunakan untuk sistem kawalan perindustrian.
Ia digunakan dalam banyak industri seperti penapisan minyak,
pembuatan, sistem penghantar dan sebagainya.

Khamis, 6 Julai 2017

KEYENCE GENERAL CATALOGUE 2017-2018

 Hari ini dapat kiriman dari KEYENCE (MALAYSIA) SDN BHD.
Setem boleh  pos Malaysia, boleh disimpan buat koleksi setem.

Kandungannya Katalog General Tahun 2017-2018
Warna uning menyerlah, mudah dicari.

Memudahkan untuk membuat rujukan teknikal
Memaparkan barisan produk,contoh aplikasi,  jenis-jenis  produk,
pilihan produk, eksesori produk dan spesifikasi produk.
 Kandungan Katalog

Fibreoptic Sensor, Photoelectric Sensors, Proximity Sensor, Safety,Area Sensors,
Pressure Sensors, Measurement Sensors, Pogrammable Logic Controllers,
Touch Panels, Servo Systems, Static Eliminators, Vision Systems, 
Marking Equipment, Code Readers, Handheld Mobile Computers,
Microscopes, Projector

Kerosakkan Soket Keluaran 13A

Soket Alur Keluar - Soket Elektrik - Soket Keluaran - Soket Alir Keluar

Apabila kedengaran bunyi aneh secara tiba-tiba pada soket atau sewaktu
memasukkan plug kedalam soket, peralatan elektrik tiba-tiba
terganggu seperti dalam cerita seram. TV dan lampu terpadam, berkelip,
 maka jangan abaikan, ambil tindakkan sewajarnya.

Hubungi Juruletrik berhampiran

Contoh kejadian sebenar yang berlaku di sebuah rumah.
Apabila diperiksa, didapati ikatan soket sambungan kabel
Neutral  telah longgar. Akibat terlalu lama kelonggaran
dan kepanasan,maka soket tersebut rosak.

 Soket keluaran 13A yang telah rosak
Soket Keluaran 13A  rosak

Terus diganti baru
Soket Keluaran 13A  baru

*Mengabaikan penjagaan peralatan atau pekakas elektik boleh
menyebabkan pekara yang tidak diingini seperti kerosakkan, litar pintas,
renjatan, kebakaran dan sebagainya berlaku .

Blog  Juruelektrik / Juruteknik Elektrik
Juruteknik Penyelenggaran / Juruteknik Bebas

Rabu, 5 Julai 2017

Program Latihan Dan Kursus Percuma


Program latihan dan kursus sering dijalankan
pihak syarikat atas pelbagai sebab. Antaranya seperti untuk
meningkatkan kesedaran pekerja,sebagai kaedah penyelesaian masaalah,
berkaitan keselamatan, meningkatkan mutu kerja dan lain-lain.


Antara kursus dan Program latiahan  percuma yang telah disertai adalah

1.5S   2.Kaizen     3.QCC (Quality Qontrol Circle)

4.Fundamentals Of Robotics / Festo Didatic   5.PLC Introduction

6.Panel Graphic GP-PRO/PB 3   7.Kualiti Kuasa / TNB

8.Keselamatan Kebakaran   9.Forklift Operators' & Safety / UMW

10.kren Operators' & Safety  11.Pemanduan Berhemah / Niosh

12.Authorised Entrant Standby Person (AESP) / Niosh
   Orang yang Dibenarkan Masuk dan Orang Menjaga Bagi Ruang Terkurung

13.Authorised Gas Tester (AGTES) / Niosh
   Penguji Gas Bertauliah dan Penyelia Kemasukan Bagi Ruang Terkurung

14.First Aid / St. John Ambulance of Malaysia

15.INTEGRATED MANAGEMENT SYSTEM (Internal Audit) / Imteq Solution

16.Motivation Towards Peak Performance / Flex Trainning

17.Stress Management


# Bila kursus ditaja syarikat atau dana lain maka segalanaya jadi percuma!

Selasa, 4 Julai 2017

Preventive Maintenance - Mencegah lebih baik dari Merawat

Preventive Maintenance / Penyelenggaraan Pencegahan
Definasi ringkas dan kasar adalah Penyelengaraan Bagi Mencegah Kerosakan.
Definasi berat dan meluas bolehlah melalui carian pakcik Google.

Contoh definasi dari pakcik Google

Preventive Maintenance
Systematic inspection, detection, correction, and prevention of incipient failures, before they become actual or major failures. Contrasted with corrective maintenance.

Pemeriksaan sistem, pengesanan, pembetulan dan pencegahan kegagalan yang bermula, sebelum menjadi kegagalan sebenar atau besar. Berbeza dengan penyelenggaraan pembetulan.

Alam Kilang

Sememangnya pemeriksaan berkala, berjadual atau sistematik bergantung pada keperluan atau arahan pengeluar  sesuatu mesin, pekakas, peralatan elektrik mahupun mekanikal diperlukan bagi melaksanakan penyelengaraan berterusan. Melalui kaedah tersebut maka dapat mencegah berlakunya kerosakkan yang lebih besar atau kegagalan operasi. Apabila peralatan tidak berfungsi akibat kerosakan besar, sudah pasti masa dan perbelanjaan yang besar juga diperlukan untuk pembaikan.
Bagi pengilang ianya sesuatu yang merugikan bila tiada pengeluaran akibat kegagalan beroperasi.

Mana lebih baik?

Kos baik Pulih dari "Preventive Maintenance" RM1000
Kos "Breakdown" RM100,000

Pengeluaran terhenti - Kos operasi tetap berterusan - Penghantaran tertangguh - Pelanggan menanti - Pelanggan pula pengilang - Pengeluaran terhenti - Penghantaran Tertangguh - Pelanggan menanti...

Hampeh....

Mahu mahu pelanggan lari bila ada pesaing, naya kena saman kalau langgar kontrak bekalan.

Oleh itu jangan terlalu hendak berjimat atau berkira dalam pelaksanaan "Preventive Maintenance".

# Apapun saya sebagai Juruteknik akan menyediakan laporan,berdasakan kes,  membuat penyelengaraan, pembaikan terus untuk kes minor dan permohonan untuk kes major. Maka terpulang pada pihak atasan dalam pengurusan berikutnya. Biasanya untuk kes major membabitkan banyak pihak seperti bahagian perancangan, pengeluaran, penghantaran dan jualan.
# Sebagai Juruteknik juga, apabila menjalankan penyelengaraan pencegahan, adalah lebih baik dari kelam kabut menghadapi kerosakkan yang besar, tenang saja jika di luar kemampuan.
# Apabila tugas dilaksanakan maka tiadalah yang menunding jari.

Contoh Preventive Maintenance / Penyelenggaraan Pencegahan
adalah penggantian kontaktor magnetik (Magnetic Contactor) pada mesin.

kontaktor preventive maintenance
Ganti terus kontaktor berusia, terdapat bunyi
merosakkan dan terdapat percikkan api

Dah biasa buat penggantian tak perlu catatan atau
kalau nak selamat ambil saja gambar sebagai rekod.

Selepas diganti baru jangan lupa buat pengujian,
salah sambung nanti meletup!
# Nanti sambung cerita kontaktor di episod akan datang...


Sedia Ada

"Preventive Maintenance" adalah Penyelenggaraan Pencegahan,
juga untuk mengelak mesin  dari gagal beroperasi secara tiba-tiba
/ rosak @ "breakdown".  Bila  rosak, perlu buat penyelesaian Masaalah.

Troubleshoot - Penyelesaian Masaalah- Pengenalan

Isnin, 3 Julai 2017

Pengenalan

Blog Juruelektrik Domestik Industri ini adalah blog perkongsian pengalaman kerja admin sebagai seorang Juruelektrik / Juruteknik, berkenaan letrik, pengenalan pekakas, peralatan, mesin, jentera, info berkaitan dan lain-lain termasuk kerja di luar bidang dan kehidupan.

Blog ini tiada pengkhususan khas dalam menerbitkan sebarang terbitan.
Biar terasa bebas dan tidak terikat seperti di alam pekerjaan.
Semoga kandungannya bermanafaat.
Gambar hiasan - Kabel 
 Pengalaman pertama sebagai juruelektrik industri adalah bermula pada tahun 1994 di sebuah kilang industri ketepatan ( precision industries ), terlebih dahulu ditugaskan sebagai penjaga setor pada tahun 1993 sebelum menjawat jawatan juruelektrik. Untuk menjawat jawatan juruelektrik pertama di kilang berkenaan, 3 bulan latihan pekerjaan telah dilaksanakan di dua buah kilang berasingan. 

Kilang No:1 Mengeluarkan produk

Equal Angle Bars, Angle Bars dan lain-lain.

Kilang No:2 Mengeluarkan produk

Deformed Reinforcing Bars dan lain-lain

Setelah 3 bulan latihan dan promosi akhirnya menjadi permulaan sebagai seorang juruelektrik di kilang industri ketepatan berkenaan sehingga pertengahan tahun 1995.

( Pengenalan dan pengalaman akan diterbitkan kelak )
Gambar hiasan - Cable Reeling Drum
 1995 ~ 2017
Menjawat jawatan sebagai Juruteknik di sebuah kilang pusat keluli.
22 Tahun, suatu jangkamasa yang agak lama.
( Pengenalan dan pengalaman akan diterbitkan kelak )
Gambar Hiasan - Dalaman induction cooker

Sebagai seorang juruteknik, telah menjalankan kerja-kerja seperti pembaikan, penggantian, pemasangan baru, menaik taraf mesin termasuk meningkatkan tahap keselamatan, Preventive Maintenance, Kaizen dan lain-lain termasuk terlibat dalam dokumentasi untuk sebarang persijilan.

Selama mana bekerja semakin banyak pekara dipelajari, dari hanya litar utama dan kawalan motor sebagai asas,seterusnya kepada pengetahuan inverter, PLC dan lain-lain. 

Jentera dan Mesin

Heating Furnace, Heating Oven, Heating Line, PCB Equipment, Press, Linepacer, Packing, Spot Welder, Pebble Stone Polishing, Cooling Tower, Punching, Scrap bowler, Scrap winder, Water Pump, Chiller, Water pump, Balling hoop, Expander, Pipe cutting, Slitter, Shearing, Bending, Inverter, Laser Weld, Laser Resonator, Scanning Table for Tailor Welded Blanks , Carpenter line, Crane, generator, Compressor, Air Dryer