Jumaat, 7 Julai 2017

Komputer, PLC Dan Juruteknik

Laptop, PLC Dan Juruteknik.

Sebagai Juruteknik yang berhadapan mesin-mesin berotakkan PLC,
Sebuah laptop dibekalkan syarikat untuk memudahkan tugas.
Dengan laptop juga digunakan untuk buat repot, erp dan e-mail.

Pada tahun 2014, Toshiba Protege R930 Core i7 vPro 64 bit adalah
laptop yang ke-2 selepas Lenovo Think Pad dari 2010~2014.

Laptop 64 bit ini sememangnya bermasaalah untuk "communication"
membuat penyambungan plc model lama. Laptop akan skrin biru, 
kadang-kadang dapat buat penyambungan, boleh baca "read" tetapi
bermasaalah untuk diprogram "write"  dan adakalnya pc jadi tergantung
dan lain-lain. Ini mungkinkah disebabkan software sedia ada?,
kabel komunikasi atau kesesuaian plc itu senndiri atau sebab lain?.

Tambah Toshiba Hi-Speed Port Replicator model PA3838D-1PRP seperti
yang disyorkan agak lebih baik tetapi pun sama juga masaalahnya.

Buat ujian dengan Laptop Toshiba 32 Bit tiada masaalah.
Buat ujian laptop 64 bit dengan plc generasi baru juga tiada masaalah.

Sebagai Juruteknik yang dibebani pelbagai tugas, agar sukar sebenar
untuk memberi komitmen sepenuhnya sebagai Pengatur cara Kawalan Logik
/ plc atau "Programmable Logic Control". Jadi Laptop biasanya dIguna untuk  
membaca PLC bagi penyelesaian masaalah kerosakkan,naik taraf atau
keperluan pemasangan baru. Hendak atau tidak  perlu belajar sendiri
untuk menaik taraf ilmu yang boleh diguna pakai.
Kepelbagaian ilmu amat penting kerana apa yang dipelajari tidak
seluas  dengan hakiki dunia pekerjaan.

Pejam celik pejam celik sejak menggunakan secara berhemah pun
laptop dah beberapa kali "window" problem, Awal tahun 2017 laptob
"mother board" telah tukar baru kerana dikatakan rosak.
Mujur ada waranti.

Sakit kepala juga bila komputer dikawal 100% oleh bahagian  I.T .
Bahagian I.T pula tidak celik PLC mahupun Panel Grafik .

Solusi

Guna laptop 32 bit terpakai khas untuk berkaitan plc.
Juga dibekalkan Syarikat :)


Akan datang...

Pengenalan PLC / Belajar PLC

PLC
Pengawal Logik Boleh Diprogram
Pengawal Logik Boleh Diprogram, atau PLC secara ringkasnya adalah
Peranti komputer khas yang digunakan untuk sistem kawalan perindustrian.
Ia digunakan dalam banyak industri seperti penapisan minyak,
pembuatan, sistem penghantar dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan