Preventive Maintenance / Penyelenggaraan Pencegahan
Definasi ringkas dan kasar adalah Penyelengaraan Bagi Mencegah Kerosakan.
Definasi berat dan meluas bolehlah melalui carian pakcik Google.
Contoh definasi dari pakcik Google
Preventive Maintenance
Systematic inspection, detection, correction, and prevention of incipient failures, before they become actual or major failures. Contrasted with corrective maintenance.
Pemeriksaan sistem, pengesanan, pembetulan dan pencegahan kegagalan yang bermula, sebelum menjadi kegagalan sebenar atau besar. Berbeza dengan penyelenggaraan pembetulan.
Alam Kilang
Sememangnya pemeriksaan berkala, berjadual atau sistematik bergantung pada keperluan atau arahan pengeluar sesuatu mesin, pekakas, peralatan elektrik mahupun mekanikal diperlukan bagi melaksanakan penyelengaraan berterusan. Melalui kaedah tersebut maka dapat mencegah berlakunya kerosakkan yang lebih besar atau kegagalan operasi. Apabila peralatan tidak berfungsi akibat kerosakan besar, sudah pasti masa dan perbelanjaan yang besar juga diperlukan untuk pembaikan.
Bagi pengilang ianya sesuatu yang merugikan bila tiada pengeluaran akibat kegagalan beroperasi.
Mana lebih baik?
Kos baik Pulih dari "Preventive Maintenance" RM1000
Kos "Breakdown" RM100,000
Pengeluaran terhenti - Kos operasi tetap berterusan - Penghantaran tertangguh - Pelanggan menanti - Pelanggan pula pengilang - Pengeluaran terhenti - Penghantaran Tertangguh - Pelanggan menanti...
Hampeh....
Mahu mahu pelanggan lari bila ada pesaing, naya kena saman kalau langgar kontrak bekalan.
Oleh itu jangan terlalu hendak berjimat atau berkira dalam pelaksanaan "Preventive Maintenance".
# Apapun saya sebagai Juruteknik akan menyediakan laporan,berdasakan kes, membuat penyelengaraan, pembaikan terus untuk kes minor dan permohonan untuk kes major. Maka terpulang pada pihak atasan dalam pengurusan berikutnya. Biasanya untuk kes major membabitkan banyak pihak seperti bahagian perancangan, pengeluaran, penghantaran dan jualan.
# Sebagai Juruteknik juga, apabila menjalankan penyelengaraan pencegahan, adalah lebih baik dari kelam kabut menghadapi kerosakkan yang besar, tenang saja jika di luar kemampuan.
# Apabila tugas dilaksanakan maka tiadalah yang menunding jari.
Contoh Preventive Maintenance / Penyelenggaraan Pencegahan
adalah penggantian kontaktor magnetik (Magnetic Contactor) pada mesin.
![]() |
Ganti terus kontaktor berusia, terdapat bunyi merosakkan dan terdapat percikkan api |
![]() |
Dah biasa buat penggantian tak perlu catatan atau kalau nak selamat ambil saja gambar sebagai rekod. |
![]() |
Selepas diganti baru jangan lupa buat pengujian, salah sambung nanti meletup! |
# Nanti sambung cerita kontaktor di episod akan datang...
Sedia Ada
"Preventive Maintenance" adalah Penyelenggaraan Pencegahan,
juga untuk mengelak mesin dari gagal beroperasi secara tiba-tiba
/ rosak @ "breakdown". Bila rosak, perlu buat penyelesaian Masaalah.
Troubleshoot - Penyelesaian Masaalah- Pengenalan
Sedia Ada
"Preventive Maintenance" adalah Penyelenggaraan Pencegahan,
juga untuk mengelak mesin dari gagal beroperasi secara tiba-tiba
/ rosak @ "breakdown". Bila rosak, perlu buat penyelesaian Masaalah.
Troubleshoot - Penyelesaian Masaalah- Pengenalan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan