Isnin, 3 Julai 2017

Pengenalan

Blog Juruelektrik Domestik Industri ini adalah blog perkongsian pengalaman kerja admin sebagai seorang Juruelektrik / Juruteknik, berkenaan letrik, pengenalan pekakas, peralatan, mesin, jentera, info berkaitan dan lain-lain termasuk kerja di luar bidang dan kehidupan.

Blog ini tiada pengkhususan khas dalam menerbitkan sebarang terbitan.
Biar terasa bebas dan tidak terikat seperti di alam pekerjaan.
Semoga kandungannya bermanafaat.
Gambar hiasan - Kabel 
 Pengalaman pertama sebagai juruelektrik industri adalah bermula pada tahun 1994 di sebuah kilang industri ketepatan ( precision industries ), terlebih dahulu ditugaskan sebagai penjaga setor pada tahun 1993 sebelum menjawat jawatan juruelektrik. Untuk menjawat jawatan juruelektrik pertama di kilang berkenaan, 3 bulan latihan pekerjaan telah dilaksanakan di dua buah kilang berasingan. 

Kilang No:1 Mengeluarkan produk

Equal Angle Bars, Angle Bars dan lain-lain.

Kilang No:2 Mengeluarkan produk

Deformed Reinforcing Bars dan lain-lain

Setelah 3 bulan latihan dan promosi akhirnya menjadi permulaan sebagai seorang juruelektrik di kilang industri ketepatan berkenaan sehingga pertengahan tahun 1995.

( Pengenalan dan pengalaman akan diterbitkan kelak )
Gambar hiasan - Cable Reeling Drum
 1995 ~ 2017
Menjawat jawatan sebagai Juruteknik di sebuah kilang pusat keluli.
22 Tahun, suatu jangkamasa yang agak lama.
( Pengenalan dan pengalaman akan diterbitkan kelak )
Gambar Hiasan - Dalaman induction cooker

Sebagai seorang juruteknik, telah menjalankan kerja-kerja seperti pembaikan, penggantian, pemasangan baru, menaik taraf mesin termasuk meningkatkan tahap keselamatan, Preventive Maintenance, Kaizen dan lain-lain termasuk terlibat dalam dokumentasi untuk sebarang persijilan.

Selama mana bekerja semakin banyak pekara dipelajari, dari hanya litar utama dan kawalan motor sebagai asas,seterusnya kepada pengetahuan inverter, PLC dan lain-lain. 

Jentera dan Mesin

Heating Furnace, Heating Oven, Heating Line, PCB Equipment, Press, Linepacer, Packing, Spot Welder, Pebble Stone Polishing, Cooling Tower, Punching, Scrap bowler, Scrap winder, Water Pump, Chiller, Water pump, Balling hoop, Expander, Pipe cutting, Slitter, Shearing, Bending, Inverter, Laser Weld, Laser Resonator, Scanning Table for Tailor Welded Blanks , Carpenter line, Crane, generator, Compressor, Air Dryer

Tiada ulasan:

Catat Ulasan